Penerimaan Remaja Terlanjur Terhadap Pengisian Kerohanian di Institusi Perlindungan Wanita

of 21

Please download to get full document.

View again

All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
PDF
21 pages
0 downs
2 views
Share
Description
Abstrak Nama-nama institusi perlindungan seperti Raudhatus Sakinah, Darul Wardah, Taman Seri Puteri, Baitul Islah, Rumah Kita, Rumah Puteri Arafiah dan banyak lagi kini sudah tidak asing lagi di Malaysia. Secara jelasnya, penubuhan institusi terbabit
Transcript
  Artikel ini telah dibentangkan di 2nd International Conference on Religion and Society 2017. The conference will be held at Centre of Promotion of Knowledge and Language, University Malaysia Sabah on 22nd August 2017, diterbitkan dalam prosiding seminar tersebut, hal 252 - 260 Penerimaan Remaja Terlanjur Terhadap Pengisian Kerohanian di Institusi Perlindungan Wanita Khairul Hamimah Mohd Jodi, PhD dan Nurul Husna Mansor, PhD Abstrak Nama-nama institusi perlindungan seperti Raudhatus Sakinah, Darul Wardah, Taman Seri Puteri, Baitul Islah, Rumah Kita, Rumah Puteri Arafiah dan banyak lagi kini sudah tidak asing lagi di Malaysia. Secara jelasnya, penubuhan institusi terbabit adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan sedia ada yang sedang giat dijalankan bagi membantu golongan remaja yang terbabit dengan krisis sosial seperti salah laku seks yang semakin meruncing. Secara asasnya, setiap institusi perlindungan ini beroperasi dengan modul masing-masing yang telah dibangunkan secara khusus oleh pihak yang berpengalaman dan berautoriti. Salah satu aspek yang diberi tumpuan dalam konteks pemulihan remaja ialah berhubung dengan pembangunan daripada aspek kerohanian. Namun, apa yang menjadi persoalan, sejauh manakah pengisian tersebut membantu remaja dalam proses pemulihan jati diri mereka selepas meninggalkan pusat perlindungan kelak? Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti penerimaan remaja terlanjur terhadap pengisian kerohanian di institusi perlindungan wanita. Kaedah kualitatif telah diaplikasikan melalui pemerhatian dan temu bual terhadap remaja terlanjur di dua buah institusi perlindungan wanita iaitu Baitul Ehsan dan Asrama Bahagia. Hasil kajian mendapati remaja yang telah ditempatkan di institusi ini menunjukkan reaksi positif dan menerima setiap pengisian yang dijalankan dengan berlapang dada. Penerimaan remaja ini dianggap penting bagi membantu penambahbaikan modul yang lebih berkualiti pada masa akan datang yang secara tidak langsung mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Kata Kunci:  Remaja Terlanjur, Pengisian Kerohanian dan Institusi Perlindungan Wanita Pendahuluan Sehingga kajian ini dijalankan, belum terdapat statistik lengkap yang menghimpunkan jumlah keseluruhan kes salah laku seksual di Malaysia. Walau bagaimanapun, angka yang direkodkan oleh statistik sedia ada daripada pusat-pusat perlindungan tertentu mahupun pihak bertanggungjawab sememangnya berada di tahap yang selayaknya perlu dibimbangkan. Menurut laporan tahunan Institut Belia Malaysia pada tahun 2010, beberapa bentuk kegiatan salah laku seks seperti seks bebas, pornografi, jenayah rogol serta pembuangan bayi merupakan sebahagian  Artikel ini telah dibentangkan di 2nd International Conference on Religion and Society 2017. The conference will be held at Centre of Promotion of Knowledge and Language, University Malaysia Sabah on 22nd August 2017, diterbitkan dalam prosiding seminar tersebut, hal 252 - 260 dari gejala sosial yang menjadi kebimbangan golongan belia di negara ini (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2010). Gejala perzinaan dan persetubuhan haram merupakan antara kesalahan jenayah syariah yang mencatatkan angka tertinggi berbanding kesalahan  jenayah yang lain (Makiah Tussaripah Jamil, Abdul Mukti Baharudin dan Hisam Satari, 2012).   Berdasarkan rekod bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), tangkapan bagi kes salah laku seks seperti persetubuhan haram dan kes khalwat di negeri Selangor dalam empat bulan pertama tahun 2015 sahaja mencatatkan angka tertinggi (476 kes) mengatasi kes lain seperti penahanan peminum arak (10 kes) dan kesalahan berjudi (93 kes) (Laman sesawang Selangor Kini , 2013). Rentetan daripada kes salah laku seksual ini, 803 orang anak tidak sah taraf dilahirkan di institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dari tahun 2010-2013 (JKMM, 2014), 532,158 kelahiran berdasarkan Jabatan Pendataran Negara (2005-2015) (Mstar Online, 2013) dan 18,000 kes remaja hamil. Daripada jumlah kes remaja hamil ini, 25 peratus (4,500 kes) membabitkan remaja hamil luar nikah yang dianggarkan 1,500 kes pada setiap bulan iaitu 50 kes sehari dan kajian mendapati 50.4 peratus remaja melakukan hubungan seks kali pertama sebelum mencecah usia 14 tahun (Berita Harian, 2015). Remaja hamil yang berumur di bawah 15 tahun mempunyai risiko komplikasi dan kematian lima kali ganda berbanding wanita dewasa, begitu jga dengan bayi yang dikandungnya (Azmi Abdul Malek, 2015). Justeru, masalah salah laku sesksual ini perlu ditangani secara besungguh-sungguh demi memperkasa remaja yang merupakan pembina agama, bangsa dan negara pada hadapan. Objektif Kajian Kajian ini berdasarkan satu objektif yang ingin dicapai iaitu mengenal pasti penerimaan remaja terlanjur terhadap pengisian kerohanian di institut perlindungan. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui temu bual, pemerhatian turut serta dan menganalisis dokumentasi yang berkaitan dengan kajian. Seterusnya proses triangulasi data digunakan untuk bagi menghasilkan kumpulan data yang lebih  Artikel ini telah dibentangkan di 2nd International Conference on Religion and Society 2017. The conference will be held at Centre of Promotion of Knowledge and Language, University Malaysia Sabah on 22nd August 2017, diterbitkan dalam prosiding seminar tersebut, hal 252 - 260 meyakinkan. Data-data yang diperoleh kemudiannya telah dianalisis secara analisis kandungan bertema, iaitu pengasingan data telah dilakukan berdasarkan kepada tema-tema yang timbul (Howitt & Cramer, 2008). Seramai empat orang pelatih dan empat kakitangan yang mewakili pusat perlindungan masing-masing ditemu bual, iaitu dua pelatih dan dua kakitangan dari Baitul Ehsan dan Asrama Bahagia. Pemilihan peserta kajian/informan dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Bagi melindungi kerahsiaan, nama dan maklumat-maklumat lain yang boleh mendedahkan identiti sebenar mereka telah ditukar. Kebenaran bagi melaksanakan temu bual telah diperoleh sebelum dilaksanakan. Penglibatan peserta kajian/informan adalah secara sukarela dan mereka perlu mempunyai pengalaman bekerja di institusi melebihi dua tahun dan pelatih yang dipilih dimasukkan ke institusi perlindungan atas kesalahan seksual. Temu bual kajian ini menggunakan bentuk soalan separa berstruktur, pengkaji memberikan kebebasan kepada setiap peserta kajian/informan bagi meluahkan pandangan, namun pengkaji masih bertanggungjawab memastikan topik yang dibincangkan terkawal dan tidak lari dari tujuan asal kajian. Skrip temu bual kepada pelatih dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar belakang, pengetahuan dan penghayatan agama, serta perubahan/penerimaan sebelum dan selepas mengikuti program di institusi perlindungan. Manakala skrip kepada pekerja pusat perlindungan  juga dibahagikan kepada tiga iaitu latar belakang, pengalaman bekerja di institusi perlindungan dan cabaran pelaksanaan modul di institusi tersebut. Kajian ini melibatkan dua buah pusat perlindungan wanita iaitu institusi perlindungan Baitul Ehsan dan Asrama Bahagia. Pusat perlindungan wanita ini dipilih kerana ia merupakan institusi yang dinyatakan secara khusus dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 serta Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menjalankan tanggungjawab melindungi kanak-kanak serta wanita yang terlibat dengan pelbagai kes salah laku termasuk kes seksual. Justifikasi pemilihan dua pusat perlindungan wanita ini adalah memandangkan setiap pusat perlindungan mewakili dua pihak yang berbeza iaitu kerajaan persekutuan (Kuala Lumpur) dan Majlis Agama Islam Negeri (Selangor). Kedua-dua institusi perlindungan ini mempunyai modul sendiri yang dibangunkan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah sosial dan kedua-dua institusi ini memberi  Artikel ini telah dibentangkan di 2nd International Conference on Religion and Society 2017. The conference will be held at Centre of Promotion of Knowledge and Language, University Malaysia Sabah on 22nd August 2017, diterbitkan dalam prosiding seminar tersebut, hal 252 - 260 penekanan kepada kerohanian sebagai asas kepada pemulihan akhlak penghuninya. Selain itu, kedua-dua institusi ini menerima kemasukan pelatih melalui arahan pihak mahkamah dan secara sukarela atas kes-kes tertentu. Sorotan Literatur Berdasarkan sorotan yang telah dibuat, kajian lepas dibahagikan kepada beberapa isu iaitu faktor remaja terlanjur, kesan keterlanjuran dan penerimaan remaja terhadap pengisian modul di pusat perlindungan. Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor remaja terlanjur antaranya ialah menjadi mangsa rogol (Nor Jana Saim, 2013, Fatimah Abdullah, et.al., 2013), hubungan yang renggang antara anak dengan ibu bapa menyebabkan ibu bapa tidak dapat memantau aktiviti anak-anak. Seterusnya, remaja terlanjur juga secara umumnya dikenal pasti kurang berpegang dengan ajaran agama (Khadijah Alavi et al., 2012, Salasiah Hanin Hamjah et al., 2012, Khairani Omar et al., 2010, Salmi Ahmad Sudan, 2013). Walau bagaimanapun, faktor agama ini disanggah oleh kajian Azlina Muhammud yang mendapati 86.5 peratus remaja terlanjur mempunyai pendidikan agama, tetapi tidak dihayati dan diamalkan, sebaliknya ia berpunca daripada kegagalan mereka sendiri dalam mengawal nafsu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang khususnya berkaitan seksual (Azlina Muhammud, 2012). Perkara ini turut diakui dalam kajian Nasrudin Subhi dan Salmi Ahmad Sudan (Nasrudin Subhi et al., 2012, Salmi Ahmad Sudan, 2013). Selanjutnya, kajian mendapati faktor persekitaran yang terdiri daripada tempat tinggal, rakan sebaya dan kemudahan remaja untuk mengakses laman sesawang pornografi turut menyumbang kepada salah laku seksual (Khadijah Alavi et al., 2012, Salhah Abdullah et al., 2014, Khairani Omar et al., 2010). Tidak kurang juga, terdapat remaja didapati menjadi mangsa penipuan sindiket atau individu tertentu bagi tujuan pelacuran serta perasaan remaja sendiri yang ingin mencuba sesuatu yang baru termasuk pengalaman seks (Salasiah Hanin Hamjah et al., 2012), pujukan teman lelaki yang sememangnya dikenali (Azlina Muhammud, 2012), Salhah Abdullah et al., 2014, Faizah Abd. Ghani dan Azian Abd. Aziz, 2013, Salamatussaadah Abd. Ghadur dan  Artikel ini telah dibentangkan di 2nd International Conference on Religion and Society 2017. The conference will be held at Centre of Promotion of Knowledge and Language, University Malaysia Sabah on 22nd August 2017, diterbitkan dalam prosiding seminar tersebut, hal 252 - 260 Nor Ba'yah Abdul Kadir, 2009, Fatimah Abdullah, et.al., 2013). Sesuai dengan transisi usia remaja itu sendiri, mereka mempunyai keinginan untuk dicintai dan mencintai (Salamatussaadah Abd. Ghadur dan Nor Ba'yah Abdul Kadir, 2009, Faizah Abd. Ghani dan Azian Abd. Aziz, 2013, Nasrudin Subhi et al., 2012) sehingga membawa kesan kepada hubungan intim yang dilakukan secara rela (Nor Jana Saim, 2013, Fatimah Abdullah, et.al., 2013). Tahap pendidikan dan status sosio ekonomi yang rendah turut menyumbang kepada permasalahan ini (Salamatussaadah Abd. Ghadur dan Nor Ba'yah Abdul Kadir, 2009, Fatimah Abdullah, et.al., 2013, Salmi Ahmad Sudan, 2013) dan terdapat juga kajian yang mendapati remaja terlanjur ini tidak aktif dengan aktiviti kokurikulum sekolah sebaliknya terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang (Khairani Omar et al., 2010). Kajian mendapati semasa di peringkat awal kehamilan, remaja tidak boleh menerima kenyataan, merasa takut, sedih, kecewa (Faizah Abd. Ghani dan Azian Abd. Aziz, 2013) dan berusaha menggugurkan kandungan dengan menggunakan pelbagai cara. Namun, keinginan tersebut berkurangan apabila usia kandungan semakin bertambah (Azmawaty Mohamad Nor et al., 2013). Di dalam kajian lain, remaja hamil yang mendapatkan perlindungan di institusi perlindungan  juga bukan sahaja cenderung mengalami gangguan emosi, gangguan tidur yang kronik sehingga menjejaskan perkembangan kognitif mereka (Su Xu Vin et al., 2014), bahkan tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa memandangkan mereka tidak bersedia menjadi datuk dan nenek kepada bakal cucu tersebut (Norulhuda Sarnon et al., 2012). Walau bagaimanapun, kajian Norshidah Nordin et al., (2012) mendapati, psikologi remaja terlanjur yang mendapatkan rawatan dan pemulihan di institusi perlindungan menunjukkan peningkatan yang semakin baik dari semasa ke semasa. Menurut dapatan kajian Khairul Hamimah Mohd. Jodi (2013), institusi perlindungan yang menerapkan nilai-nilai Islam, bimbingan agama dan menggunakan metodologi dakwah dalam modul pemulihan mereka didapati mampu mendorong kepada perubahan tingkah laku remaja selain berupaya memastikan kesilapan yang sama tidak lagi berulang di masa akan datang (Jawiah Dakir et al., 2009). Modul yang menggunakan pendekatan agama dan berunsurkan kerohanian juga berpotensi merawat akhlak, memantapkan iman (Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan, 2009, Md Noor Saper, 2012, Fazilah Idris et al., 2013, Nurul Husna Mansor, 2016), meningkatkan harga diri ( self-esteem ), mengurangkan
Related Search
Advertisements
Advertisements
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks