Rekabentuk Dan Pembangunan Perisian Multimedia (PBK) Bagi Mata Pelajaran Teknologi Elektronik Tingkatan 4 Topik Komponen Elektronik (Kapasitor)

of 13

Please download to get full document.

View again

All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
PDF
13 pages
0 downs
9 views
Share
Description
Rekabentuk Dan Pembangunan Perisian Multimedia (PBK) Bagi Mata Pelajaran Teknologi Elektronik Tingkatan 4 Topik Komponen Elektronik (Kapasitor)
Tags
Transcript
  REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA (PBK) BAGIMATAPELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK TINGKATAN 4 TOPIK KOMPONEN ELEKTRONIK (KAPASITOR)Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria, Rosni Zammuddin Shah Sidek, MohdKhata bin Jabor  Fakulti Pendidikan UTM  Ismail Bin Sabran, Suhaimy bin Ahmad  Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur  ABSTRAK  Penggunaan perisian multimedia terbukit mampu membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu perisian multimedia yang bercirikan tempatan agak sukar untuk didapati dipasaran. Kertas ini akanmembincangkan proses rekabentuk dan pembangunan projek multimedia yang bertujuanmembina sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi satu tajuk kecil dalam mata pelajaran Teknologi Elektronik tingkatan empat di sekolah dengan tajuk kecilnya adalah kapasitor. Tajuk ini adalah sesuai untuk diaplikasikan dalam PBK multimedia kerana ianya berbentuk abstrak. Perisian multimedia ini dibina denganmenggunakan bahasa gubahan Micromedia Authoware versi 6.0 dan gabungan beberapasistem pengubahan lain bagi memantapkan lagi penghasilannya. Animasi dan simulasikomputer digunakan dalam membantu pelajar memahami perkara perkara penting dalamtajuk kapasitor ini. PENGENALAN Penggunaan multimedia telah menjadi suatu pendekatan pengajaran-pembelajaran yangsangat penting dan telah terbukti keberkesananya. Menurut Najib Tun Razak (dalam EeAh Meng, 1998) menyatakan bahawa sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak-kehendak Koridor Raya Multimedia (MSC), malahan untuk melahirkan satu generasi baru rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif dalam pemikiranselaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Anwar Ibrahim (1997) dalam pembentanganBelanjawan 1998 telah menyarankan agar setiap rakyat Malaysia perlu berkemahiranmenggunakan komputer. Menurut Zoraini Wati Abas (1997), untuk menuju ke tahapnegara maju, generasi celik maklumat perlu diasuh dari sekarang selaras denganmatlamat perlaksanaan MSC. Ahmad Zaharudin Idrus (1997) turut memberi penekanan bahawa dalam era teknologi maklumat dan dunia yang serba kompetitif, penguasaan ilmudan maklumat adalah sangat penting untuk mencapai taraf negara maju seperti yangdigariskan melalui Wawasan 2020. LATAR BELAKANG MASALAH Para pelajar bukan sahaja perlu berpengetahuan dalam bidang yang dipelajari tetapimereka juga perlu celik teknologi malahan menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengalaman mereka. Dalam abad ini pelajar perlu  mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi jenis pekerjaan yang pelbagai dalam pasaran. Guru sebagai seorang pendidik juga tidak terkecuali daripada arus pembangunanini. Malahan mereka perlu menguasai teknologi ini bagi membantu dalam membentuk CD-ROM pendidikan, Sidang Video, Pendidikan Jarak Jauh dan sebagainya.Awang Had Salleh (dalam Ng Kien Kang (1998)) telah mengeluarkan kenyataan bahawanegara kita tidak akan maju tanpa IT. Ini menunjukkan betapa pentingnya penguasaan ITdan celik komputer. Beliau seterusnya menyeru agar perisian perisian untuk kegunaan bidang pendidikan yang bercirikan budaya tempatan dapat dihasilkan dengan kadar yangsegera. Gan Siowck Lee (1996) juga menyatakan bahawa penghasilan perisian yang berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan dan bermutu adalah sangat diperlukan danmerupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan pendekatan baru pendidikan masa akan datang.Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “ chalk and talk  ” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua pancaindera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Teknologi Elektronik.Teknologi Elektronik berhubungkait dengan matapelajaran Sains yang mengandungi banyak topik yang sukar difahami oleh pelajar secara lisan kerana perkara yang ingindisampaikan adalah berbentuk abstrak. Untuk memudahkan pemahaman pelajar, kaedah penyampaian bidang ini harus diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri menerusi perisian multimedia interaksi yangmelibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran."  People retain only 20 % of what they see, 30% of what they hear. But theyremember 50% of what they see and hear, as much as 80% of what they see, hear and do simulaneously . " (Computer Technology Research, 1993).Menurut Flecther (1990), manusia mengingati 20 peratus daripada apa yang didengar, 40 peratus daripada apa yang didengar dan dilihat manakala 75 peratus daripada apa yangdidengar, dilihat dan dilakukan. Jadi, pendekatan tradisi tidak dapat mengeksploitasikanketiga-tiga deria pelajar untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Malahan faktor-faktor lain turut menyumbang kepada ketidak-berkesanan suatu pengajaran-pembelajaranseperti yang dinyatakan oleh Okey (1985) iaitu bahan pembelajaran tidak menepatiobjektif pengajaran, isi kadungan pelajaran yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang merangsangkan dan pendekatan pengajaran yang statik.Tambahan pula kekurangan perisian multimedia berdasarkan kurikulum tempatanterutama sekali dalam bidang Teknologi Elektronik amat kurang di negara ini. Kesemuakekangan ini akan dapat diatasi hanya apabila direkabentuk mengikut perancangan yangteliti dan bersistematik serta menepati kurikulum tempatan. OBJEKTIF REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PERISIAN Projek ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangunakan sebuah perisianmultimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang berfungsi secara interaktif  bagi matapelajaran Teknologi Elektronik tingkatan empat yang bertajuk KomponenElektronik (Kapasitor). Penekanan secara khusus kepada pelajar adalah kepada  mengenalpasti unit dan simbol komponen kapasitor, mengenalpasti jenis dan kegunaankapasitor, mengenalpasti jenis sambungan dan jumlah kemuatan kapasitor serta mengujikapasitor.Pembangunan projek ini didorong oleh sikap pro aktif penyelidik bagi memberikefahaman yang lebih berkesan kepada pelajar kerana dalam pengajaran-pembelajaranTeknologi Elektrik dan Elektronik sama ada di sekolah rendah mahupun sekolahmenengah, konsep asas sesuatu tajuk amat penting dan perlu disampaikan secara berkesan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran seterusnya. Hampir keseluruhantajuk-tajuk adalah berkaitan antara satu dengan yang lain dan dalam hal ini seorang pelajar memerlukan kefahaman kepada konsep asas. REKA BENTUK PROJEK  Projek ini dibangunkan berasaskan pendekatan dan teori pembelajaran tertentu yangmemainkan peranan penting dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rekabentuk yang diamalkan dalam pembangunan perisian ini adalah berstruktur dan bersistematik. Elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,audio dan video serta interaktiviti telah di integrasikan dalam perisian. Penggabunganciri-ciri multimedia dalam perisian yang dibina ini adalah bersifat interaktif dan mesra pengguna. Kesemua aspek dipertimbangkan dengan teliti bagi menghasilkan perisianmultimedia yang berkualiti dari segi isi kandungan, strategi pengajaran dan teknologimultimedia yang digunakan.Umumnya rekabentuk menggunkan kaedah antaramuka ramah ( user-friendly ) antarakomputer dengan penggunamenggunakan konsep GUI (Grafic User Interface). Kaedahini memudahkan pengguna untuk melayar ke keseluruhan perisian. Grafik digunakanuntuk mewakilkan arahan-arahan di samping arahan-arahan berbentuk teks. Grafik seperti elip untuk pelayaran, tanda “?” untuk maklumat, gambar pintu untuk ikon“keluar”dan sebagainya. Perisian dibina dalam persekitaran Windows untuk membolehkan penggunaan grafik, animasi, suara, bunyi dan muzik dieksploitasikandengan mudah. Hampir keseluruhan perisian ini menggunakan tetikus untuk mengawal pelayaran ( navigation ) di mana tetikus merupakan peranti penunjuk (  pointing device )yang utama dalam persekitaran Windows di samping menggunakan papan kekunci untuk masukan data-data pada sebahagian perisian. Carta Alir  Sistem multimedia ini dibahagikan kepada enam modul utama seperti yang digambarkandalam carta alir Rajah 1 di bawah. Pembahagian modul-modul mengikut kategorimemudahkan pengguna membuat pilihan semasa menjelajah dalam perisian.    Rajah 1 :   Carta alir keseluruhan sistem      Rajah 2 : Carta alir isi kandunganStruktur perisian multimedia ini membenarkan pengguna belajar melalui konsepkonstruktivisme. Ini membenarkan pelajar membentuk sesuatu konsep berdasarkankepada maklumat yang dikumpulkan. Ia juga direkabentuk berlandaskan kepada teori pembelajaran humanis iaitu membenarkan pengguna melayar ke mana – mana bahagian perisian mengikut kemahuan serta minat sendiri dalam menentukan apa yang ingindipelajari, kebebasan menggunakan masa bagi satu-satu aktiviti dan kebebasan bergerak dari satu modul ke modul seterusnya. Keadaan ini juga adalah bersesuaian dengan pembelajaran arah kendiri. Rao (1991) menyatakan bahawa bahan pengajaran mestilahringkas, tepat dan sesuai bagi sasaran pelajar untuk mencapai objektif yang telahditentukan. Oleh itu, isi kandungan bagi topik “Kapasitor” ini dibahagikan kepada topik-topik kecil untuk tujuan memudahkan pembelajaran iaitu Sejarah kapasitor (Teks-teks
Related Search
Advertisements
Similar documents
View more...
Advertisements
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks